Gotong Royoung Membina Pondok Pemerhati

Bagi memudahkan kerja – kerja pemantauan aktiviti disepanjang Sungai Taviu, para ahli jawatan kuasa Tagal Sungai Taviu Telupid dengan bantuan penduduk Kampung Wonod, membina pondok pemerhati di beberapa tempat ditebing sungai Taviu. Aktivity ini telah membuktikan lagi kesungguhan atau komitmen penduduk kampung Wonod untuk menjaga ekosystem sungai dan alam sekitar, untuk generasi akan datang. Dengan adanya pondok tersebut, setiap ajk pelaksana bagi memantau atau kerja – kerja memberikan ikan makan, dapat berehat di pondok tersebut. Dengan berlatar belakangkan hutan hijau dengan bunyi deruan sungai dan kicauan penghuni hutan di sekitar pondok tersebut dibina, pastinya anda juga mahu merasai suasana tersebut.